Nana Suhana♥
ENTRY TWITER FACEBOOK TUMBBLR ASK FM
Kegagalan masa lalu
Friday, 16 November 2012 • 21:50 • 0 comments
assalamualaikum..

Disebabkan cuti ni saya tak pergi mana-mana jadi, saya memendam perasaan nak muntahkan semua idea yang terpacul macam hantu pocong. Sila jangan marah kalau entry ni terlalu panjang. Entah kenapa dan mengapa sesuatu menarik jari jemari saya yang comel ni untuk cerita satu kisah yang saya pernah lalui dulu. Ni semua sebab saya ade terbaca satu entry pasal result exam.




Yeah! Saya tau yang as a student, kadang-kadang result exam kita bagus dan kadang-kadang kurang bagus atau drop! Ouh tidakkk. Janganlah risau sangat. Benda ni semua normal okey. Saya pun pernah kena jugak macam ni. Tapi saya buat rileks je sebab saya tau yang saya akan bangun dari kegagalan yang lepas. Tipulah kalau saya kata saya tak takut. Mestilah takut. Nak-nak lagi kalau ibu ayah kita letakkan harapan kat kita. Rasa terbeban kan? kan?

Masa zaman tak matang yang masa kita semua main satu lubang tikus, main kejar-kejar sampai jatuh then nangis sampai anak tekak nak terkeluar pastu tuduh kawan kita yang buat padahal kita yang terjatuh sendiri. Sapa pernah buat benda ni? Awakkan? Eleh malu-malu pulak. Tak pe, nanti awak text saya baru ada privacy sikit. Haha. Dulu masa saya hidup kat zaman tak matang ni, saya pernah lalui satu pengalaman yang buatkan saya rasa saya bersyukur sangat dengan budak tu sebab sedarkan saya yang saya ni still bernafas kat bumi ni dan saya perlu bangun dari mimpi Cinderella yang suka curik kasut orang atau pun Rapunzel yang rambut dia panjang sangat tu sampai sebulan tak basuh.

Cerita dia macam ni... *tirai dibuka..pararararapapapapa...
Hari tu, saya akan dapat keputusan BM. Excited punya excited, saya tak terfikir langsung yang saya dapat result teruk. 60 kot..kotlah. dah tak ingat. Maybe bagi korang, 60 tu ok je. Tapi bagi saya 60 tu rase macam nak loncat dari bangunan tinggi je. Ya Allah.. Malunya. Pastu ada sorang mamat ni gelakkan saya. Punyalah kuat dia gelak sampai saya rasa macam nak sumbat je bekas pensil kat mulut dia. Cikgu pun agak terkejut dengan result exam kali ni. Tak pernah, pernah dapat B. Sampai je kat rumah, saya nangis kuat-kuat.
Tiba-tiba ayah saya datang. Mungkin ayah risau sebab tengok keadaan saya yang macam orang perempuan mati anak. Hewhewhew~

Bila saya dah cerita semua yang dah jadi, ayah ade cakap sesuatu yang buatkan saya rasa bersemangat .
" Hidup ni macam roda. Kadang-kadang kita kat atas. Kadang-kadang kita kat bawah. Kalau dah ada kat atas tu janganlah sombong sebab tak semua benda yang kita ada akan kekal. One day, kita akan rasa jugak hidup susah. Biar orang lain ejek kita bila kita kat bawah. Buktikan kat semua orang yang akak (nama panggilan dalam family) mampu buat kejutan. Bangun dari kegagalan dan bersyukur dengan apa yang kita ada sebab kat luar sana ada ramai orang yang lagi susah dari akak. Ayah percayakan akak. Ayah tau anak ayah ni kuat semangat. kan? kan?."

Sejak hari tu, saya janji dengan diri saya yang saya takkan mudah berputus asa *sangattt~ :P dan Alhamdulillah saya dapat result yang tersangatlah bagus sampai saya rasa nak masuk lari maraton. Lepas result dah meningkat dengan bagusnya budak tu tanya saya macam mana saya belajar BM sampaikan saya selalu dapat A++ . Dia mintak saya ajarkan dia BM. Tapi saya tak tau macam mana nak cakap kat dia yang sebenarnya sebab dialah saya berubah jadi orang yang kuat semangat..Ye,ye. Sebab cara dia gelakkan buatkan saya bangun untuk kalahkan dia masa exam..saya just nak cakap ni je untuk kawan saya tu " hui, hui..aku harap kau akan berjaya dalam hidup kau dan jangan lupakan kawan-kawan kita. Thanks sebab kau dah tergelakkan aku masa tu"



Jadi untuk awak,awak,awak yang pernah jadi kawan saya, saya just nak cakap yang saya ni manusia biasa jugak. Pernah gagal. Tapi saya motivasikan diri untuk bangun dan berusaha..Jyeahh! Fighting. *tetibe =,=
Semua bende ni ajar saya untuk jadi someone yang lebih kuat macam Si Badang. Ingat! Perjalanan kita masih jauh. banyak yang akan kita lalui. =)
Tapi saya still ingat yang saya tak boleh sombong kalau saya ada kat atas sebab bila-bila masa je yang Allah nak, Dia akan tarik balik apa yang saya ada sekarang ni =D


Ok..Bhai..nak sambung main masak-masak dengan abang saya! kihkihkih~ Sekian terima kasih sebab sudi baca sampai habis.. =D Eh! perasan tak yang saya guna bahasa "saya ,awak"??

p/s: Gagal tu bukan bermaksud kita gagal selama-lamanya





PASTFUTURE
MY WORDS
I am beautiful no matter what they say. Words can't bring me down. One day I 'll be a civil engineer ♥


ASK ME




OTHERS

 Readers




MONEY FOR FUTURE




MEMORY



BLOG ARCHIVE

Last Party
the G generations
Just The Way You Are
exam punye style
why single?
jamuan merdekaraya
cerita raya part I (kawan)
merdeka dan siti syazwani??
seronok!! hari raya..
2 perkara dalam satu hari


CREDIT

Template :N.Afiqah
Basecode :Masterly_elmo
Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
Pictures : We Heart It
Best View : Google Chrome