Nana Suhana♥
ENTRY TWITER FACEBOOK TUMBBLR ASK FM
Sebab sorang lelaki persahabatan kita putus!
Sunday, 18 November 2012 • 10:16 • 4 comments
Assalamualaikum,

Hari ni saya tulis entry ni dengan penuh linangan air mata. Entah kenapa minggu ni penuh dengan kesedihan. air mata saya dibazirkan begitu saja. Tiada gurauan dalam entry kali ni. Hati saya sakit sangat. Air mata saya mengalir tanpa henti. Mungkin anda semua rasa yang saya ni dah gila. Ye! Hari ni saya menangis sebab seorang kawan baik(BFF) saya yang sanggup putuskan persahabatan kami sebab seorang lelaki yang belum tentu bakal jadi suami dia bila dah besar nanti.

Dia sanggup khianati persahabatan kami. Dia letakkan semua masalah yang dia hadapi kat bahu saya. Saya yang kena tanggung semua. Dia tak fikir ke perasaan saya ?. Saya tak sukakan lelaki tu tapi kenapa dia paksa saya couple dengan lelaki tu.Saya rasa macam orang bodoh je sebab saya dengan dia bergaduh sebab benda yang bodoh!

Semuanya bermula dari  sms yang dia hantar dekat saya;

"Salam nana. Aku mesej ni sebab aku nak bagitau yang ade budak nak kawan dengan kau. Dia nak kawan dengan kau dari form 1 lagi tapi dia malu. Tolong aku ye. Tolonglah terima dia. Tolong tau. Jangan hampakan aku. Ni nombor dia **********. ok..bye,salam."

Mesej yang pertama saya tak dapat balas sebab tak ade kredit.
Lepastu saya cuba call nombor tu sebab saya nak tau sape budak tu. Tu aja.
Bila dah malam. BFF saya hantar lagi mesej:

"Salam Nursuhana dan ******. Aku ingin buat permintaan . Aku nak korang bersatu. Kau ****(pesanan untuk lelaki tu ) tak payah nak simpan perasaan kau tu.Aku tau yang kau ada hati kat nana kan? Kau sebenarnya cintakan Nana kan? mengaku jelah. Beranilah sikit. Dan Nana (pesanan untuk saya) Terimalah ******. Ni permintaan terakhir aku.Aku takkan buat kau jeles. Kalau ****** hanatr mesej kat aku, aku takkan reply.jap lagi aku nak patahkan sim aku. Aku ada sharekan top up untuk kau. Tu je yang aku mampu bagi kat kau. Kau percayakanlah ****** tu. Untuk pengetahuan kau nana, dia dah lama suka kat kau. Dia cintakan kan kau. DULU. tapi sekarang dia sayanagkan kau sangat-sangat. Korang tolong tunaikan permintaan aku ni. Aku harap korang kekal. ****** tolong jaga nana baik-baik. kalau aku tau yang kau permainkan dia siap kau! Aku tau yang skrang aku dengan Nana dah tak rapat. Dah tak jadi BFF macam dulu. Ingat ye pesan aku. Bye, Assalamualaikum. "

Masa saya baca mesej ni. Saya kecewa sangat. Saya mintak clash dengan boyfriend saya sebab saya tertekan. Saya penatlah. Kenapa semua benda kena jadi kat saya. Apa salah saya? Saya menangis. Lepastu saya call BFF saya. Tapi dia tak angkat. Dia marahkan saya. Tapi dia tak bagi peluang pun untuk saya jelaskan yang saya ni dah couple. Dia belum tahu lagi saya dah couple. Arghh~ peningnya..
malam tadi saya dapat tau yang Liyana kemalangan. Saya risau sangat. Dialah kawan baik saya. saya tak nak apa-apa berlaku kat dia.
tapi,, pagi tadi saya dapat mesej dari kawan dia. Saya pun tak tau siapa perempuan tu.. 

" Woi. Aku kawan Liyana. Kau tahu tak sebab kau dan ****** lah dia masuk hospital. dia betul marahkan kau. kau kejamkan! dah jangan sms dia lagi buat sakit hati dia je. tadi aku ada bace sms yang ****** hantar kat Liyana. Dia cakap dia tak sanggup tinggakan Liyana. Tapi dia bodoh sebab dia mesej kau jugak . kau pun satu, layan dia. Kenapa kau ni? kawan jenis apa tak faham perasaan dia?! Sebelum dia kemalangan adai menangis cerita semuanya kat aku.dah! kau dengan ****** lupekan Liyana. Jangan pernah jumpa dia lagi"

Sakitnye hati saya hanya Tuhan saje yang tahu. Sanggup dia buat macam ni kat saya. Dia tuduh saya yang bukan-bukan. Saya berhasrat nak jumpa dia hari Isnin ni (19/11/2012) . Saya nak melawat dia. saya nak jelaskan keadaan sebenar kat dia. Tolong doakan saya. :)
hari ni saya hilang sorang kawan baik sebab sorang lelaki. Kawan baik yang selalu dengan saya. 9 tahun kiteorang jadi kawan baik tapi dia saggup khianati persahabatan kami sebab seorang lelaki yang baru 2 tahun dia kenal. 
"aku maafkan segala kesalahan kau kat aku, Liyana. Kau kawan baik aku. Aku sanggup buat apa je demi kau. aku sayangkan kau. Jangan buat aku macam ni. Dulu kita pernah janji nak sama-sama berjaya, sama-sama dapat keputusan cemerlang, sama-sama masuk universiti. Tapi, ape dah jadi sekarang. Jangan jadi bodoh Liyana. Kita muda lagi. Banyak benda yang kita akan lalui. Kat universiti sana, ramai lagi lelaki yang bagus. Aku tak marahkan kau. Aku cuma nak kau tahu yang aku kecewa sangat dengan kau. Aku tak pernah benci kau walaupun kau dah benci aku. Aku tetap anggap kau BFF aku walaupun kau dah buang aku. ya, Allah.! Lembutkanlah hati kawan ku"


Sekian..

p/s: Kenapa buat aku macam ni? 


PASTFUTURE
MY WORDS
I am beautiful no matter what they say. Words can't bring me down. One day I 'll be a civil engineer ♥


ASK ME




OTHERS

 Readers




MONEY FOR FUTURE




MEMORY



BLOG ARCHIVE

Kegagalan masa lalu
Last Party
the G generations
Just The Way You Are
exam punye style
why single?
jamuan merdekaraya
cerita raya part I (kawan)
merdeka dan siti syazwani??
seronok!! hari raya..


CREDIT

Template :N.Afiqah
Basecode :Masterly_elmo
Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
Pictures : We Heart It
Best View : Google Chrome