Nana Suhana♥
ENTRY TWITER FACEBOOK TUMBBLR ASK FM
Tahun penting Batch 98!
Saturday, 5 January 2013 • 21:06 • 0 comments
Assalamualaikum.
Hai semua. Pejam celik- pejam celik dah masuk tahun 2013. Sekejap je kan masa berlalu. Banyak pengalaman yang dah kita lalui. Pengalaman pahit dan manis yang akan jadi sebahagian memori dalam hidup kita. Eh! Bile pulak saya belajar sastera ni? --'



Btw,  saya  nak ucap 'Happy New Year' kat awak,awak semua. Saya tau dah terlambat nak wish tapi, alah.. still minggu pertama bulan Januari kan?kan? Hehehe.. Saya sibuk sikit tahun ni. Jadi saya mungkin jarang yang teramat jarang nak mengupdate blog yang hodoh ni. Ohemjayy~ sorry blog. Tuanmu yang poyo ni dah kutuk kau.

Tahun ni saya merupakan pelajar tingkatan 3. Jadi, ayat dalam blog ni pun kenalah skema sikit. Baru senang sikit nak jawab paper BM. Yup! Tahun ni saya PMR. Jadi kenalah belajar malas-malas. Eh! silap. Belajar bersungguh-sungguh. Tolong doakan saya ye? InshaAllah, saya akan buat yang terbaik untuk exam ni.

Selain tu, saya dah pun deactive account facebook saya buat sementara waktu sampailah dah habis PMR. Tapi, kalau awak tengok account saya active tu maknanya ada orang hacklah tu. Btw, azam saya tahun ni ialah klik sini--> azam

1. Jadi anak yang solehah
2. Tak tinggal solat
3. Tak keluarkan kata-kata yang negatif
4. Dapat kumpul sijil ( dua pun jadilah)
5. 8A PMR 2013
6. Nombor 2 dalam kelas, no 2 dalam batch (nombor 1 pun boleh gak >.<)
7. Nak buat something yang boleh banggakan sekolah

Dah! tu je.hehe.. Simple je kan? Tapi sesimple tu, susah nak capai kalau tak de usaha. Jadi, tahun ni kena serius. Nak kurangkan cakap. Boleh ke? Boleh!! Nana boleh!
Klik sini , sini dan sini.

Sila amalkan doa-doa ni. Allah maha mendengar. Allah akan selalu dengar doa dari hamba-hambaNya.





Di kesempatan ini, saya nak mintak maaf kalau saya ade terkasar bahasa atau tersinggungkan perasaan awak semua. Kadang-kadang saya tak perasan yang saya ade tersakitkan hati awak semua. Ampunkan salah silap saya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Untuk batch 98, good luck kayy guys. Do the best. Doakan kejayaan saya.

Oklah. Dah sampai sini je yang mampu saya taip untuk kali ni. Awak semua jaga diri baik-baik. Kalau ade masa nanti saya update lagi. Tapi lambat sikitlah ye. Sebelum berpisah, tataplah gambar saya dan classmates saya puas-puas. Bye Assalamualaikum. =)








PASTFUTURE
MY WORDS
I am beautiful no matter what they say. Words can't bring me down. One day I 'll be a civil engineer ♥


ASK ME




OTHERS

 Readers




MONEY FOR FUTURE




MEMORY



BLOG ARCHIVE

Cuti, Kahwin, Makan =)
Rempit itu best!
Sebab sorang lelaki persahabatan kita putus!
Kegagalan masa lalu
Last Party
the G generations
Just The Way You Are
exam punye style
why single?
jamuan merdekaraya


CREDIT

Template :N.Afiqah
Basecode :Masterly_elmo
Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
Pictures : We Heart It
Best View : Google Chrome