Nana Suhana♥
ENTRY TWITER FACEBOOK TUMBBLR ASK FM
Adakah aku punya masa?
Saturday, 25 May 2013 • 22:33 • 0 comments
Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang untuk duduk di hadapan laptop sambil menikmati keindahan malam yang serba gelap gelita dan angin sepoi-sepoi bahasa  yang mampu memberikan ketenangan buatku. Setelah aku terpaksa menempuh minggu yang amat memenatkan  dan hampir-hampir saja kepalaku ini meletup dek penuh dengan  maklumat yang perlu dihafal. Ahhh. Inilah dunia. Penuh cabaran.  Memang sudah ku tunggu saat-saat seperti ini. Sudah lama rasanya tak menimati keindahan ciptaan Tuhan. Aku terlalu sibuk dengan hal duniawi sehingga lupa untuk berhenti seketika dan menghargai perkara yang ada di sekelilingku. Hebatnya penangan duniawi.

Ahh! rindunya masa sekolah rendah. Di saat itu, aku punya masa untuk menikmati malam-malam yang begitu indah dipenuhi dengan bintang-bintang di langit. Aku selalu berangan-angan untuk mengambil satu daripada jutaan bintang itu. Ingin ku simpan buat kenangan andai suatu hari nanti aku sudah tidak punya masa untuk mengira bintang-bintang di langit. Itulah habitku! Mengira bintang di langit yang tak terkira .

Setelah itu, aku memikirkan siapa aku pada masa hadapan? Adakah aku akan menjadi seorang yang berguna  dan mampu berbakti untuk kedua ibu bapaku? Adakah aku sudah berjaya menggenggam segulung ijazah? Adakah aku mempunyai kerjaya yang sudah mantap? Ahh. Sering kali hal ini berlegar-legar di kotak fikiranku. Ya! Mungkin ada yang ingin mentertawakan aku kerana aku baru berusia 15 tahun dan aku sudah bisa berfikiran jauh. Aku cuma inginkan masa depan yang cerah. Semua itu bermula dengan perancangan yang rapi dan bukannya perancangan yang boleh dikategorikan main-main.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Pinjamkan kekuatanMu untukku.

"Sampai masanya, tanpa kita sedar, kita semua berubah seiring dengan usia kita."







PASTFUTURE
MY WORDS
I am beautiful no matter what they say. Words can't bring me down. One day I 'll be a civil engineer ♥


ASK ME




OTHERS

 Readers




MONEY FOR FUTURE




MEMORY



BLOG ARCHIVE

mega giveaway : santai banyak banyak by EM
Persis kata cendiakawan
Counting.
New friend :)
Fuyooo. best!
Semakin jahat dan kejam
Maaf yang terbiar :'(
Busy
Ayah. :)
result Ujian 1


CREDIT

Template :N.Afiqah
Basecode :Masterly_elmo
Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
Pictures : We Heart It
Best View : Google Chrome