Nana Suhana♥
ENTRY TWITER FACEBOOK TUMBBLR ASK FM
Alhamdulliah :)
Wednesday, 11 June 2014 • 09:06 • 2 comments
Assalamualaikum…..

Semua sihat?? Dah lama rasanya Nana tak tulis blog. Dah nak dekat 2 tahun dah. Maklumlah orang muda. Sibuk je 24 jam. *Ceh! Ye ye je --‘ Banyak benda yang berlaku sepanjang tempoh tak berblog ni. Macam-macam yang Nana nak cerita.
Mula-mula sekali, PMR. Alhamdulillah. Lepas bertungkus-lumus setahun lebih lepas jugak Nana dapat 8A. Rasa terbayar semua penat lelah Nana. Mula-mula tu ada juga lah rasa nak give up. Penat asyik study je. Tak dapat pergi kenduri, jalan-jalan, tengok tv lama-lama, tengok wayang. Semua lah tak dapat nak buat. Tapi, bila dah dapat apa yang kita hajatkan, rasa puas.

What you gave, it paid back”

Awal tahun hari tu, Nana berdepan dengan konflik sama ada nak pilih untuk kekal bersekolah dekat sekolah lama atau nak masuk MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Susah sangat nak buat keputusan. Tak tahu nak pilih yang mana. Dua-dua bagus. Sebelum dapat tahu dapat masuk MRSM,  Nana dah diterima sebagai student di Sekolah Teknik Johor Baharu.  Tapi, Nana tak pergi sebab ibu tak nak Nana masuk sekolah teknik. Senang cerita semuanya konflik Di saat ahir, Nana pergi jumpa kaunselor. Cikgu kata “ Pergi je lah. Rugi tolak. Awak dapat pengalaman. Saya cabar awak untuk pergi.” Tapi, keputusannya ialah tak pergi. Bukan tolak tuah. Memang ramai yang tanya kenapa tak nak pergi. Ada yang cakap tak sanggup nak tinggal boyfriend lah, anak mak lah, manja lah. Tapi bukan sebab tu. Nana Cuma nak jadi student sekolah biasa. Memanglah bila masuk MRSM, peluang untuk sambung belajar cerah. Tapi, sekolah biasa pun hebat juga.
Nana ada 2 pilihan. Nak pergi MRSM (jalan yang senang), senang masuk university, masa depan cerah, boleh study oversea. Atau kekal di sekolah biasa iaitu jalan yang susah sikit sebab kena bersaing dengan orang lain untuk dapatkan biasiswa bila dah habis SPM. Nana pilih untuk kekal. Tak pelah. Sekolah kat mana-mana pun, kalau kita orang yang berpotensi, kita tetap akan menyinar. Tak perlu takut untuk ambil risiko. Bukan sekolah yang tentukan kejayaan kita. Tapi, kita yang tentukannya. So, goodbye MRSM Pengkalan Hulu.

Alhamdulillah, banyak benda yang Nana dapat bila kekal di sini.  Nana ambil sains tulen.  Dapat masuk macam-macam. Masuk pertandingan bahas, explorace, pertandingan pantun dapat jadi pengurus besar kios sekolah , jadi Pembimbing Rakan Sebaya dan akan datang, pertandingan forum. Kenapa masuk semua ni? Sebab nak cari pengalaman lah. Dulu Nana tak pernah merasa dapat masuk semua ni. Ada yang cakap,
Kau tak rasa menyesal ke baru sekarang nak aktif?”
Soalan apakah ini?? Tak menyesal pun. Yang penting dah ada pengalaman dan berani mencuba. Tak ada lah susah mana. Nana lagi menyesal kalau tak cuba masuk semua ni. Dulu takut-takut je. Rasa diri ni bawah sangat. Mula-mula masa nak pergi pertandingan memang lah takut sikit. Tapi lama-lama dah okay. Walaupun tak menang tapi berbaloi lah. Trying is everything. Its’ okay.

Mulut orang memang kita tak boleh nak tutup. Selalu je  nak komen itu ini. Tapi  benda macam ni takkan jatuhkan Nana pun. Because I do believe that people are trying to bring me down, it only means that I am above them. As long as there is someone in the sky to protect me, no one on Earth could break me. I shouldn’t have worried.. I should be myself, have fun and enjoy my life.  Allah know the best for me. Well, life is unexpected. What I have to do is just walk and walk until one day, I’ll find something that I really want. Mungkin ada hikmah dan rezeki Nana dekat sini. Nana cuma nak jadi pelajar biasa, yang datang daripada keluarga biasa, bersekolah di sekolah biasa tapi mampu buat sesuatu yang luar biasa. Insha Allah. One day, I’ll be a great person.

Till then. Take care, readers.
*Macam mana nak power dalam subjek kimia ?? -,-
*SPM tahun depan. Dah tua rasanya diri ni. J L


PAST
MY WORDS
I am beautiful no matter what they say. Words can't bring me down. One day I 'll be a civil engineer ♥


ASK ME




OTHERS

 Readers




MONEY FOR FUTURE




MEMORY



BLOG ARCHIVE

nfj boutique mini giveaway
WISDOM OF THE SOUL
11 Hints for Life
Adakah aku punya masa?
mega giveaway : santai banyak banyak by EM
Persis kata cendiakawan
Counting.
New friend :)
Fuyooo. best!
Semakin jahat dan kejam


CREDIT

Template :N.Afiqah
Basecode :Masterly_elmo
Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
Pictures : We Heart It
Best View : Google Chrome